Skip to content

Fr. Nicholas Stephen dan Kuasa Media

Beberapa hari yang lalu, ketika saya menghantar kepada Fr Nicholas melalui whatsapp beberapa sumber yang boleh digunakan sebagai rujukan sempena sambutan Hari Komunikasi Sedunia pada hari minggu yang akan datang, dia berkongsi dengan saya bahawa dia terkejut kegembiraan apabila mengetahui bahawa program yang dibuatnya untuk Cahaya Kinabalu dan disiarkan secara langsung di Facebook sedang ditonton di banyak negara di dunia termasuk Pakistan. Dia melihat bahawa pada waktu pagi sahaja terdapat lebih dari seribu penonton dan jumlah penonton akan meningkat.

Mendengar kesaksian paderi yang indah, penulis ini teringat akan apa yang ditulis oleh Pope Francis dalam surat perutusannya sempena Hari Komunikasi Sedunia yang ke-54 pada hari Minggu tahun ini, di mana dia menasihatkan kita untuk mengingati siapa dan apakah  kita di mata Tuhan, untuk memberi kesaksian atas apa yang ditulis oleh Roh Kudus dalam hati kita, dan untuk mengungkapkan bahawa kisah setiap orang “mengandungi hal-hal yang luar biasa.”

Memandangkan sambutan Minggu Komunikasi Sedunia yang akan datang pada 24 Mei 2020, yang bertema mengenai pentingnya Bercerita (Kel 10: 2), penulis ini mengambil kesempatan untuk bertanya kepada paderi, apakah dia sudi untuk berkongsi tentang pengalamannya mengenai kuasa media dan dia bersetuju.

Dia melanjutkan untuk mengongsikan renungannya berdasarkan pada Markus 16:15 & Matius 28:19 di mana Yesus berkata, “Pergilah ke seluruh dunia, beritakanlah Injil kepada segala makhluk…”.  Dalam konteks ini, dia sekarang  memahami bahawa Yesus telah meramalkan tentang peranan media. Dengan adanya alat komunikasi moden di era teknologi digital ini, tidak perlu bagi kita untuk benar-benar keluar dalam erti kata yang literal atau hadir secara fizikal di tempat-tempat yang jauhn untuk bertemu dengan  masyarakat. Dengan media yang ada sekarang, kita dapat menjangkau banyak orang di pelbagai tempat dan pelusuk  walaupun kita hanya berada di bilik kita.

Dia mengambil sebagai contoh sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikenakan oleh pemerintah kerana Pandemik Covid-19, dia dan pasukannya masih dapat “keluar” dan membawa Berita Baik melalui Media. Sebenarnya Misa Kudus yang telah di siarkan secara langsung telah menjangkau ribuan orang di pelbagai tempat, malah bilangan penyertaannya lebih banyak daripada jumlah yang biasa ditemukan pada hari minggu. Tentunya ia telah membawa dan memberi kesan positif kepada banyak orang.

Mengambil dari salah satu kumpulan whatsapp di mana sebahagian besar anggotanya adalah pemimpin politik dan di mana dia juga termasuk, dia berkongsi pandangan seperti yang tertera di bawah ini dari seseorang, tentang bagaimana Misa Kudus siaran langsung itu telah menyentuh orang itu secara peribadi.

“Saya percaya Fr Nick berada dalam kumpulan ini. Terima kasih banyak untuk setiap homili yang diberikan setiap hari Minggu dalam Misa Online. Ini telah menguatkan dan menyembuhkan kerinduan kami akan Sabda Tuhan kerana pada masa ini kita tidak dapat pergi ke Gereja secara fizikal. Saya mempostingkan di dinding Facebook saya, jadual Misa Online pada hari Minggu di St Peter Claver Ranau. Melihat dan membaca posting itu, telah mendorong seorang kawan saya  untuk mengikuti Misa Online untuk kali yang pertama. Dia kemudian memberikan maklum balas yang sangat baik. Dia mengatakan bahawa dia sangat bersyukur dapat mengikuti Misa Online yang disiarkan secara langsung oleh Cahaya Kinabalu. Dia begitu tersentuh dengan homili yang diberikan dan merasakan kasih Tuhan secara luar biasa . Terima kasih sekali lagi Fr Nick. Semoga Tuhan memberkati pelayananmu selalu. Saya percaya dengan pepatah ini, “Apalah gunanya kesempatan yang diberikan oleh Tuhan dalam hidup kita ini jika bukan untuk melayani Tuhan?”

Cahaya Kinabalu dimulakan oleh Fr Nicholas sendiri  pada awal tahun 2017. Menurutnya, dia telah melihat keadaan dan keperluan di setiap gereja di stasi luar di mana masih banyak tempat yang belum dapat dilalui dengan kenderaan.

Dia merasakan kelaparan  yang mendalam dari para Katekis untuk Firman Tuhan; jadi dia berfikir untuk melakukan sesuatu melalui siaran. Dia memulakan dalam skala kecil dengan 15 minit memberitakan Firman Tuhan setiap hari Minggu disiarkan langsung di Facebook. Sasaran dan tujuan utamanya adalah untuk memberikan bantuan kepada para katekis di stasi luar dan juga para pembawa Komuni (ECM) di paroki, Gereja St Peter Claver Ranau, agar mereka setidaknya dapat mendengar homilinya berdasarkan Firman Tuhan pada hari Minggu, memahaminya dan seterusnya dapat berkongsi Firman itu dengan sesama umat paroki mereka di kapel masing-masing dengan cara yang lebih dinamik dan bermakna.

Fr Nick akhirnya mengetahui bahawa program Cahaya Kinabalu bahkan sampai ke Singapura, Indonesia dan seluruh Malaysia. Berdasarkan maklum balas yang diterima dari para pendengar atau penonton, mereka terinspirasi oleh cara sederhana dia menyampaikan Firman Tuhan, menggunakan bahasa biasa yang sederhana, cara khas orang Sabah sendiri yang senang difahami dan dikaitkan secara  mudah dalam kehidupan seharian. Program disampaikan dalam bahasa Inggeris dan Bahasa.

Kini terdapat tiga jenis program yang disiarkan langsung di platform FB Cahaya Kinabalu:

1. Radio Online Cahaya Kinabalu – bersiaran 24 jam, menyiarkan muzik dan 100 judul lagu rohani dalam berbagai bahasa termasuk bahasa Korea. Program harian yang dijalankan di Radio Cahaya Kinabalu adalah seperti berikut:

10:30 AM – Doa Rosario  setiap hari dalam bahasa tempatan

12:00 PM – Angelus

3:00 PM – Doa Kerahiman Ilahi

6:00 PM – Angelus diikuti dengan doa malam

Kadang-kadang ada ceramah malam dan kata-kata inspirasi dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa.

2. Misa Online untuk masa sulit – bermula pada 15 Mac di awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Misa Online  ini masih berlangsung pada hujung minggu dan waktu khas selagi perkumpulan dalam kelompok besar di Gereja-gereja dan tempat-tempat ibadah tidak dibenarkan untuk memutuskan rantai virus Covid-19.

3. Rancangan ceramah Online “Dari hati seorang Gembala”

Program mingguan ini, juga dicetuskan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ia diadakan setiap hari Selasa bermula jam 6:30 petang dengan penayangan video inspirasi, mengenai kepercayaan Katolik atau keluarga. Ceramah bermula pada pukul 7:00 malam yang berlangsung selama satu setengah jam, merangkumi pelbagai topik mengenai kehidupan keluarga, mengenai Bunda Maria, Rosari Suci dan isu-isu lain yang berkaitan diikuti dengan soal jawab yang berkaitan dengan Iman Katolik.

Fr Nick memberikan pemerhatian positif dan komen mengenai Segmen rancangan bual bicara. Program Online ini sememangnya bermanfaat untuk semua. Menghadiri ceramah Online tidak memerlukan pendaftaran, tidak perlu sewa dewan, berbanding dengan menghadiri seminar secara nyata atau tradisional. Begitu juga dari segi peserta, jumlah penonton biasanya terhad dalam persidangan tradisional, sementara ceramah Online dapat menarik banyak pengikut. Dia menyatakan bahawa jumlah penonton online untuk sesi malam dapat mencapai dengan mudah atau lebih dari lapan ribu.

Menurut Fr Nick, biasanya dia juga yang menjadi Deejay (DJ) untuk program radio. Dari masa ke semasa dia juga menjemput para paderi dan Seminarian yang  ditugaskan di Ranau sebagai tetamu penceramah (guest speakers) untuk berkongsi renungan mereka. Bahkan, menurutnya, dia juga menjemput banyak lagi yang lain  untuk melibatkan diri dalam radio program ini tetapi hanya sedikit yang memberi respon. Sejak permulaan PKP, dia menjemput beberapa orang katekis di paroki untuk memberikan refleksi mereka mengenai Firman Tuhan sebanyak tiga kali seminggu. Dengan berbuat demikian, dia mendorong dan mengingatkan mereka tentang misi mereka sebagai katekis kepada semua.

Fr. Nicholas telah bergiat aktif dalam pengunaan  media sejak pentahbisannya 23 tahun yang lalu. Bagi dia kerjasama secara berpasukan (teamwork) itu sangat penting dalam karya media. Dia mengatakan bahawa untuk menjadikan media dapat diakses oleh semua orang di dunia, kita memerlukan kerjasama (teamwork) dengan mereka yang benar-benar komited dan memiliki visi yang sama untuk memberitakan Khabar Gembira.

Dia berkongsi bagaimana pada awalnya diapun bertanya-tanya apa nama yang sesuai untuk diberikan kepada program ini. Setelah berfikir dan membawa persoalan itu di dalam doa, dia terinspirasi untuk menamakannya sebagai Cahaya Kinabalu, nama yang merefleksikan Kristus Sendiri sebagai  Terang Dunia. Program ini, sesuai dengan namanya, telah membawa Cahaya Kristus kepada ribuan orang tepat ke rumah mereka, dan ke hati mereka masing-masing terutama pada masa-masa sukar seperti PKP.

Fr. Nick menyatakan bahawa dia mendapat maklum balas dan perkongsian yang sungguh menggalakkan dari ramai orang di seluruh dunia, memberitahunya betapa mereka telah mendapat manfaat daripada program Cahaya Kinabalu. Maklum balas positif seperti ini pasti mendorongnya untuk terus bergiat maju menggunakan media sebagai alat untuk menginjil agar dapat menjangkau lebih banyak orang.

Dalam perjalanan karyanya di media, dia telah mengalami campur tangan Tuhan  dengan memberikannya kelompok sokongan yang diperlukan dalam karya penginjilan ini. Sesungguhnya, pada saat ini dia bersyukur kerana mempunyai empat (4) orang dalam tim yang begitu komited dan senang melakukan pelayanan ini. Sebagai Bapa rohani kepada mereka, dia selalu mengingatkan mereka untuk melakukan pekerjaan penginjilan melalui media dengan motivasi yang betul, iaitu dengan melakukan segalanya demi  CintaKasih Tuhan.

Dalam kata-kata Fr Nick sendiri, “Saya bersyukur kepada Tuhan atas keajaiban yang telah Dia laksakan melalui saya, walaupun saya hanyalah alatNya yang serba sederhana”.

Bagi mereka yang baru mengenal program Cahaya Kinabalu, anda boleh lah mengaksesnya melalui alamat Facebook dan Youtube mereka di:

https;//www.facebook.com/cahayakinabalufanpage
http://youtube.com/c/cahayakinabaluAudioRadioTelevisionOnline

Cahaya Kinabalu juga baru-baru ini dimuat naik ke platform Twitch.

Marilah kita terus menceritakan kisah yang membina, kisah yang memberi kehidupan, bukan meruntuhkan; cerita yang menemukan kembali akar kita dan kekuatan yang diperlukan untuk maju bersama. – Pope Francis

By Sr Bibi, FSP

IN CONJUNCTION WITH 54TH WORLD COMMUNICATIONS DAY READ ALSO THE FOLLOWING ARTICLES:

This Post Has One Comment

Leave a Reply to ARCHBISHOP WONG’S MESSAGE IN CONJUNCTION WITH 54TH WORLD COMMUNICATIONS DAY – Catholic Archdiocese of Kota Kinabalu Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top