Skip to content

Umat Kedua Paroki St. John Tuaran ditahbis menjadi Paderi

TUARAN – Paroki St John Tuaran sekali lagi menyaksikan pentahbisan Imamat anak jati yang kedua dari paroki itu pada 22 Ogos 2022 setelah lebih kurang tiga puluh tahun selepas pentahbisan kepaderian yang pertama pada tahun 1992.

Fr Peter Chung Pit Soon telah di tahbis menjadi paderi oleh Uskup Agung John Wong sempena pesta peringatan Santa Perawan Maria, Ratu. Paderi pertama yang telah ditahbiskan di paroki St. John’s Tuaran ialah Fr. Aloysius Fidelis.

Litani Para Kudus
Pemeriksaan Calon Paderi
Investiture with Stole & Chasuble by Fr. Aloysius Fidelis & Fr. Russel
Laying on of hands
Anointing of hands

Dalam ucapannya, Uskup Agung John Wong berkata, dalam bilangan itu, dia tidak memasukkan Fr. Russel Lawrine yang ditahbis beberapa tahun lalu, iaitu pada 2018 sebab dia adalah dari kawasan St. James Tenghilan.

Uskup Agung menyatakan ucapan terima kasih dan penghargaannya kepada keluarga Fr. Peter Chung, yang mana walaupun kebanyakan mereka belum dan bukan sealiran iman katolik tetapi telah memberi sokongan dan dorongan mantap kepada panggilan dan hidup kepaderian Fr. Peter Chung sejak dia memasuki Seminari sehingga ke saat ini. Kemurahan hati keluarganya untuk merelakan anak mereka untuk tugas pelayanan sebagai paderi merupakan hadiah terbesar yang mereka sumbangkan kepada gereja. Semoga Tuhan akan terus memberkati keluarga mereka, katanya.

Ungkapan terima kasih juga ditujukan oleh Uskup Agung kepada tenaga pengajar di Seminari yang bertanggungjawab dalam pembentukan kepaderian dan semua yang telah membantu paderi baru itu untuk mencapai tahap pentahbisan Imamatnya.

Uskup Agung berkata, proses pembentukan untuk menjadi paderi bukanlah sesuatu yang sukar asalkan seseorang itu dapat menyesuaikan dirinya dalam kehidupan berkomuniti dan mampu mengikuti semua jadual pembelajarannya dengan gigih dan setia. Apa yang paling mencabar adalah selepas pentahbisan menjadi paderi, waktu dimana apabila seseorang paderi itu berdepan dengan realiti sebenar dalam pelayanan dan bagaimana pada saat itu nanti dia dapat bertahan untuk menghidupkan panggilan kapaderiannya. Panggilan Kepaderian tidak berakhir pada waktu pentahbisan, ianya harus di pelihara dan dijaga, kata uskup agung memberi peringatan kepada paderi baru dan umat sekalian.

Selain dari itu, prelatus juga menyeru agar menyingkirkan sikap “tidak peduli” , mengajak umat untuk memupuk sifat saling bekerjasama sesuai dengan semangat gereja sinodal, khasnya agar umat terus menyokong dan membantu para paderi mereka dalam tugas pelayanan agar mereka dapat menghidupi panggilan kepaderian mereka dengan lebih komited dan cekal.

Pada awal bulan October nanti, paderi baru ini akan ditugaskan untuk melayani di Paroki St. Joseph Kiulu.

Photos: Erica Thomas SOCCOM Tuaran

BACA artikel ini dalam English

This Post Has One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top