skip to Main Content

Archdiocesan Creation Justice Commission

Spiritual Advisor
:  Rev Fr Russell  Lawrine
Coordinator         :  Sr Calista Saliun
Secretary             :  Dr Susan Pudin
Treasurer            :  Winnie Jimis

Members
1. Dtk. Philip Lasimbang
2. Dr. Justin Sentian
3. Christina David
4.  Jonathan Jay Juiseni
5. Majoree Merille Muis
6. Dympna Richard
7. Juliana Suanim Bakar
8. Janet Masudal
9. Justina Anggau
10. Jessel Maxwell Cyrinus
11. Majorie Julius
12. Dr. Jephte S

 

ECO-OUTREACH TEAM

The Eco-outreach Team was officially formed on 27th August 2019 after undergoing an intensive 10 days of training at Pace Bene Retreat Center, Papar. This team comprises of 10 members of youth coming from different backgrounds but share the same passion to care for the environment. Apart from that, this team is also committed with its’ objective of which, is to assist the Creation Justice Commission of Archdiocesan Kota Kinabalu to achieve its’ vision that is to have people living in oneness with all creation and also upholding creation justice. This team also welcomes the participation of Catholic youth that share the same passion in environmental conservation to work together as volunteer-basis in carrying their mission.

 

Spiritual Advisors           :           Rev. Fr. Russell Lawrine & Sr. Calista Saliun, fsic
Coordinator                       :           Emily A. Gilbert
Vice Coordinator             :          Harry Anthnius Lambertus
Secretary                             :           Evangelisa Anna Anselinus
Vice Secretary                   :           Auddrey Ambrose
Treasurer                             :           Sr. Jaslia Ramut, fsic
Documentation                :           Darius Mariusius
Spiritual                               :           Christy E. Chan
SOCCOM                             :           Chanol Noil Justin
SOCCOM                             :           Vannisha Lysa Satu
SOCCOM                             :           Faith Elly Jeremy

 

 

5- year Campaign: “Protect Our Earth, Protect Our Children” 

 

 

Pesan sempena Sambutan Hari Bumi Sedunia ke 50 dari Fr Russell Lawrine, Penasihat Rohani Komisi Keadilan Ciptaan Tuhan Keuskupan Agung Kota Kinabalu.

Salam damai dalam kasih Kristus kepada semua saudara dan saudari di manapun anda berada pada saat ini.  Hari ini 22 April merupakan Sambutan Hari Bumi Sedunia.  Dan pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari  Bumi Sedunia yang ke 50 tahun kepada semua.

Walaupun pada tahun ini kita tidak dapat menyambut perayaan ini bersama-sama disebabkan keadaan yang sedang kita alami pada saat ini namun saya percaya yang kita masih mampu menyambutnya di rumah kita masing-masing.

Saudara dan saudari yang saya kasihi,  Bumi yang kita miliki pada saat ini adalah merupakan warisan yang kita perolehi daripada nenek moyang kita secara turun termurun. Namun,  di sebabkan oleh sikap dan tindakan kita sendiri, kita  telah gagal untuk menjaga Bumi Kita ini dengan sebaiknya.

Akibat dari tindakan kita yang tidak bertanggungjawap serta sikap tidak peduli kita sendiri banyak perkara yang tidak baik telah belaku kepada Bumi Kita. Bumi kita sedang menangis,  bencana yang sedang melanda dunia kita sekarang adalah merupakan akibat dari kesilapan manusia itu sendiri.  Kemusnahan. kemiskinan, penyakit yang sedang berlaku di bumi kita adalah satu tanda bahawa kita sebagai manusia telah gagal untuk melindungi anugerah dan ciptaan Tuhan ini.

Oleh itu,  bersempena dengan sambutan  Hari Bumi Sedunia pada tahun ini, marilah kita memberi perhatian kepada bumi kita yang tercinta dan bersatu hati serta berjalan bersama untuk memulihkan bumi kita dari kemusnahan dengan menyahut tema Hari Bumi Sedunia kita pada tahun ini iaitu “Climate Action”.

Bagaimana untuk meralisasikan semuanya ini adalah bermula daripada diri Kita sendiri, dengan mengubah cara kehidupan  kita, mengubah kebiasaan-kebiasaan kita yang membawa kepada kerosakan alam sekitar. Kerana setiap perubahan yang kita lakukan dalam kehidupan kita memberikan kesan yang besar kepada kehidupan kita mahupun kepada Bumi Kita sendiri. Tidak kira lah sama ada besar atau kecil tindakan yang kita ambil yang paling penting adalah komitment yang kita tanamkan dalam setiap apa yang kita lakukan dalam menyelamatkan Bumi Kita.

Jangan tunggu hari esok, lusa ataupun tahun hadapan untuk membuat keputusan terhadap perubahan. Berubahlah dari sekarang, mulakan sekarang kerana Bumi Kita dalam keadaan yang sangat kritikal pada saat ini.   Bumi Kita sedang menangis dan  menagih simpati kepada kita untuk di selamatkan.

Inilah masa bagi kita semua untuk membalas jasa kepada Bumi kita di atas segala kebaikan yang telah berikannya kepada kita dan kehidupan kita.

Dengan perubahan ataupun tindakan yang kita ambil  hari ini dan saat ini,  adalah satu langkah yang besar untuk mempertahankan bumi ini kepada generasi masa hadapan yang bakal mewarisi bumi ini.

Kalau bukan kita, siapa lagi? Kalau bukan sekarang, bila lagi?  kerana kita semua adalah ciptaan Tuhan yang istimewa dan Dia telah menciptakan kita semua  dengan penuh cintakasih dan melalui cintakasih inilah kita dapat bersama-sama menyelamatkan Bumi Kita.

Sekali lagi  saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Bumi Sedunia yang ke 50.

Apa pun yang kamu lakukan untuk  menjaga dan menyelamatkan Bumi ini,  bawalah Tuhan untuk bersama – sama dengan kamu,  jangan kita jadi “staring” agar apa pun yang kita lakukan adalah seturut dengan kehendaknya dan bukan menurut kehendak diri kita sendiri.

Semoga sambutan Hari Bumi ini akan terus tertanam dalam diri kita untuk selama-lamanya.

Blessed Earth Day to everyone…

Mesej Sempena Hari Bumi 2020

“Bumi sedang menangis” itulah ungkapan Pope Francis dalam surat ensiklikal “Laudato Si’ yang ditulis pada tahun 2015. Pope Francis seterusnya berkata ‘tangisan bumi ini disebabkan oleh kita yang tidak bertanggunjawab dan menyalahgunakan kekayaan yang telah dianugerahkan oleh Tuhan kepada kita. Bahkan, kita menganggap diri kita seolah-olah tuan dan penguasa ke atas bumi, kita seolah-olah menganggap diri kita berhak merampasinya dengan sesuka hati. Keganasan yang ada dalam hati kita yang dilukai oleh dosa juga terpancar dalam gejala-gejala penyakit yang terbukti dan kita sendiri saksikan dan alami….. Kita lupa, bahawa kita sendiripun berasal dari debu tanah (Kejadian 2:7) dan satu masa nanti kita akan kembali menjadi debu; tubuh kita terbentuk dari unsur-unsur bumi, kita menghirup udaranya dan menerima hidup serta disegarkan olehnya’ (ref. Laudato Si’, no.2)

Pope Francis merayu agar kita mengambil bahagian dalam usaha untuk menjaga dan memulihkan kembali bumi ini. Bumi adalah seperti rumah kita besama – tempat kediaman semua ciptaan Tuhan. Sejak awal penciptaan dunia Tuhan telah memberi amanat kepada manusia yang diciptakan oleh Tuhan menurut gambar dan rupaNya untuk menjaga bumi ini seperti yang tertulis dalam kitab Kejadian 2:15 “Tuhan mengambil manusia itu dan menempatkan dalam taman Eden untuk mengusahakan dan memelihara taman itu”.

Oleh yang demikian, setiap kita mempunyai tanggungjawab untuk menjaga dan memelihara bumi kita. Bumi yang kita diami ini adalah juga milik mereka yang akan datang. Dalam Laudato Si, no 67, mengatakan ‘setiap komuniti boleh mengambil apa yang mereka perlukan dari bumi untuk hidup, tetapi mereka juga mempunyai tanggungjawab untuk menjaga, melindungi dan menjamin kesuburan bumi untuk generasi akan datang. Pope Francis dalam satu persidangan bersama dengan para pemimpin tenaga industri di Rome (Vatican) pada bulan Jun 2019 berkata “anak-anak dan cucu-cucu kita (generasi akan datang) tidak seharusnya membayar perbuatan kita yang tidak bertanggungjawab menjaga bumi (rumah kita bersama).

Sempena Hari Bumi Sedunia, Komisi Keadilan Ciptaan Tuhan (Creation Justice Commission) bersama dengan Eco-Outreach Team di Keuskupan Agung Kota Kinabalu telah menyusun beberapa aktiviti melalui online sebagai usaha kami untuk menghargai bumi, menyemai rasa tanggungjawab dan meningkatkan kesedaran di kalangan umat untuk menjaga dan memelihara bumi seperti yang disarankan oleh Pope Francis dalam surat ensiklikal “Laudato Si”. Tanggjungjawab ini juga tercatat dalam statement Misi Keuskupan Agung Kota Kinabalu. Sila layari facebook – Commission for Creation Justice Archdiocese Kota Kinabalu.

Akhirnya, setiap kita boleh berkerjasama sebagai alat Tuhan untuk menjaga ciptaanNya menurut budaya, pengalaman, penglibatan dan bakat kita masing-masing. (ref. Laudato Si, no 14)

Selamat Hari Bumi sedunia 2020
Laudato Si
Stayathome

Sr. Calista Saliun, fsic
Koordinator Komisi Keadilan Ciptaan Tuhan
Keuskupan Agung Kota Kinabalu

UCAPAN ALU-ALUAN SEMPENA PELANCARAN KEMPEN ‘LINDUNGI BUMI, LINDUNGI ANAK-ANAK KITA’

(Sr. Calista Soliun, fsic, 5th September 2020)

 

Selamat pagi kepada yang mulia Bapa Uskup Agung Datuk John Wong, YB Senator Adrian Lasimbang dan team Tonibung, semua Religious, ketua-ketua komisi dan semua perwakilan Paroki.

Pertama-tama saya mengucapkan terimakasih di atas kehadiran dan sokongan kamu di dalam Pelancaran Kempen ‘Lindungi Bumi kita, Lindungi anak-anak kita’ yang akan berlangsung selama 5 tahun (1 September 2020 – 31 August 2025) dengan tema yang berlainan setiap tahun. Kempen ini adalah anjuran Episkopal Komisi Keadilan Ciptaan Tuhan di Malaysia. Komisi Keadilan Ciptaan Tuhan di Keuskupan Agung Kota Kinabalu ingin merakamkan ribuan terimakasih kepada Bapa Uskup Agung John Wong atas sokongan dan dorongan beliau dalam pelancaran kempen ini dan seterusnya dalam pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan selepas pelancaran kempen ini di Keuskupan Agung Kota Kinabalu.

Pelancaran kempen ini berjalan seiringan dengan Musim Penciptaan (Season of Creation) yang bermula pada 1 September sehingga 4 Oktober dan juga sempena Tahun Istimewa Laudato Si yang telah di umumkan oleh Pope Francis pada 24 Mei 2020 sehingga 24 Mei 2021 untuk memperingati ulangtahun penerbitan dokumen Laudato Si yang ke 5.

Pope Francis dalam pesanannya sempena Musim Penciptaan pada 1 September yang lalu berkata Musim Penciptaan 2020 adalah ‘Jubili untuk Bumi’ – masa untuk kembali di awal penciptaan dunia dimana Tuhan, Manusia dan Ciptaan yang lain hidup harmoni. Tetapi oleh kerana dosa, kita telah merosakkan hubungan kita dengan Sang Pencipta, dengan sesama manusia dan dengan ciptaan Tuhan yang lain. Dalam Laudato Si (no.205) Pope Francis berkata ‘Manusia walaupun mampu melakukan yang terburuk, manusia juga mampu mengatasi kelemahan mereka sendiri, memilih semula apa yang baik dan membuat permulaan yang baru. Kita mampu untuk melihat diri kita dengan jujur, menerima kelemahan kita dan mengambil langkah kearah jalan yang baru.’ Di sini Pope Francis mengajak kita menuju ke satu arah dimana kita memulakan satu cara hidup yang baru – dan inilah jugalah yang kita alami semasa pandemic Covid 19 ini – cara normal hidup yang baru.  Dalam Laudato no,211, Pope Francis memberi beberapa tips bagaimana kita boleh memulakan satu cara hidup yang baru. Dan tips yang diberikan oleh Pope Francis dalam dokumen ini tidak susah, kerana kita boleh melakukannya setiap hari:

– Menghindari penggunaan plastik dan kertas,

            – Mengurangi penggunaan air,

            – Pengasingan sampah,

            – Memasak secukupnya saja untuk kita makan,

            – Memperlakukan makhluk hidup lain dengan baik,

            – Menanam pokok,

            – Menggunakan kembali sesuatu daripada segera membuangnya

– Mematikan lampu yang tidak perlu – Kurangkan Penggunaan Eletrik

 

Pope Francis berkata “Adalah sangat mulia bila kewajiban untuk memelihara ciptaan dilakukan melalui tindakan kecil setiap hari, dan sangat indah bila pendidikan ekologi mampu mendorong orang untuk menjadikannya suatu cara hidup yang baru.

Dengan kesedaran inilah maka Komisi Keadilan Ciptaan Tuhan di seluruh Malaysia telah mengambil keputusan untuk melancarkan Kempen “Lindungi Bumi, Lindungi anak-anak kita.”

Marilah kita sama-sama menjaga dan memelihara satu-satunya bumi ini yang telah Tuhan berikan kepada kita dan bumi yang satu-satunya ini akan kita wariskan kepada generasi yang akan datang (apakah bentuk bumi yang akan kita berikan kepada generasi yang akan datang?). Semoga melalui kempen ini kita dapat menyumbangkan sesuatu yang baik yang dapat memulihkan dan menyembuhkan bumi kita yang sedang menghadapi krisis Pemanasan Global yang menyebabkan Perubahan Iklim. 

 

 

Back To Top