Skip to content

Etika menerima vaksin COVID-19 mengikut ajaran moral Gereja

Ramai umat Katolik mengalami dilema mengenai penggunaan vaksin. Kekeliruan timbul kerana kebanjiran maklumat yang diterima melalui pelbagai sumber bahawa apakah vaksin ini dihasilkan melalui kultur sel janin dari pengguguran.

KUALA LUMPUR: Ramai umat Katolik mengalami dilema mengenai penggunaan vaksin. Kekeliruan timbul kerana kebanjiran maklumat yang diterima melalui pelbagai sumber bahawa apakah vaksin ini  dihasilkan melalui kultur sel janin dari pengguguran.

Dilema ini juga semakin ketara dalam perlumbaan untuk mempercepat pengeluaran vaksin bagi memerangi pandemik COVID-19. Oleh itu, Catholic At Home menganjurkan sembang siaran langsung tentang “Ajaran Moral Katolik dan Vaksin Covid-19) pada 29 Januari lalu. Lebih seribu netizen menyertai sesi sembang maya yang disiarkan melalui Facebook dan Youtube.

Sesi sembang diketuai oleh Fr Clarence Devadass, Setiausaha eksekutif Pejabat Hal Ehwal Teologi di bawah naungan Konferensi para uskup Asia (FABC), serta menampilkan Fr James McTavish dari Scotland, yang merupakan pakar bedah plastik yang berjaya sebelum ditahbis sebagai Paderi Katolik dan teologi moral, Beliau juga pernah melayani di Filipina selama lebih dari 17 tahun.

Selain Fr McTavish, Dr Sharon Gopalan, seorang pengamal perubatan dari Kuala Lumpur turut memberikan pencerahan akan isu-isu vaksin dan kesannya terhadap manusia.

Fr. McTavish menjelaskan bahawa seseorang yang menerima vaksin dapat membantu melindungi orang lain dari dijangkiti virus, terutama di kalangan orang yang berisiko tinggi. 

Fr Clarence menambah bahawa dalam mengutamakan antara kualiti hidup dan kesucian hidup adalah dengan selalu mengingati, ‘pertama: jangan membawa bahaya’, kerana sukar untuk berpegang kepada kekudusan hidup.

“Salah satu hal yang indah dalam iman katolik, bukan hanya menyalakan lilin tetapi  ajaran doktrinnya mengenai kehidupan, gereja telah proaktif, memberikan cahaya pada teka-teki kehidupan ini,” kata Fr McTavish.

Beliau menegaskan bahawa adalah penting untuk melihat terlebih dahulu tentang penerimaan penggunaan vaksin seperti itu dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Gereja serta risiko dan kesan vaksin tersebut. 

Apabila ditanya tentang etika mengambil keputusan menerima vaksin, Fr McTavish mengatakan secara moral, Katolik boleh menerima vaksin tetapi mereka juga bebas untuk menolak atas sebab-sebab waspada atau sebab-sebab akal budi.

Klerus itu menyeru agar umat mencari maklumat yang tepat dan benar, jangan hanya bergantung maklumat dalam media sosial, tetapi yang paling penting ialah dengan mengetahui ajaran dan doktrin Gereja.

Dalam sesi sembang hampir 90 minit itu, Dr Gopalan menerangkan secara ringkas mengenai proses penghasilan vaksin dan bagaimana ia bertujuan untuk mewujudkan tindak balas antibodi di dalam tubuh yang  bukan hanya dapat mencegah penyebaran virus tetapi juga merupakan harapan, yang mungkin dapat melindungi diri kita dari jangkitan pada masa depan.

Secara ringkas, beliau mengenai pembuatan vaksin yang telah disahkan oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah AS (FDA) untuk penggunaan kecemasan kerana keperluan mendesak di seluruh dunia.

Dr Gopalan menasihati orang untuk mendapatkan maklumat COVID-19 dan vaksin COVID-19 di https://www.cdc.gov/ dan https: // www. fda.gov/.

Kembali membicarakan ajaran-ajaran Gereja, Fr McTavish berbicara secara mendalam mengenai dilema moral kebanyakan orang Katolik apakah secara moral boleh menerima vaksin yang memiliki elemen meragukan?

Jelasnya, “Jika tidak ada vaksin lain yang tersedia, secara moral dapat diterima untuk mengambil vaksin yang tercemar ini.”Namun beliau memberi jaminan bahawa vaksin Covid-19 tidak mengandungi sel  fetus yang telah digugurkan. 

Jelasnya, pejabat doktrin Vatikan, Kongregasi bagi Doktrin Iman  (CDF), telah menetapkan bahawa vaksin Covid-19 “secara moral boleh diterima” bagi umat Katolik.

Fr McTavish mengesyorkan mereka yang mencari maklumat yang lebih mendalam mengenai asal usul vaksin untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik mengenai nilai kehidupan melalui  https://lozierinstitute.org/

Para pembicara bersetuju bahawa walaupun masalah vaksin tercemar adalah masalah utama, tetapi ia juga melibatkan pelbagai masalah lain yang melibatkan ekonomi, aksesibilitas, dan pengagihan vaksin, terutama ke negara-negara miskin.

Fr Clarence bersetuju dan menjawab bahawa, ‘seluruh prinsip solidariti manusia menuntut kita untuk melakukan renungan’, kerana gereja menekankan pada ‘kebaikan bersama’ dan bukan hanya kesihatan seseorang tetapi juga kesihatan orang lain, Beliau juga mengingatkan mengenai dua Nota yang dikeluarkan oleh Vatican COVID-19 Commission tahun lalu; “Akhlak Menggunakan Beberapa Vaksin Anti COVID-19”, yang dikeluarkan pada 21 Disember 2020 dan “Vaksin untuk semua. 20 Poin untuk dunia yang lebih adil dan sihat”, yang dikeluarkan pada 29 Disember 2020.
Ketika vaksin COVID-19 tersedia, sangat penting bahawa umat Katolik dan yang lain mempunyai pemahaman yang tepat tentang bagaimana vaksin ini dapat dilihat dari perspektif ajaran dan tradisi moral Katolik.

Walaupun, tidak ada pertanggungjawaban secara moral, Fr Clarence mengatakan, sangat penting bagi individu untuk mendapat maklumat penting dan memahami sebelum membuat keputusan mahu mengambil vaksin atau tidak.

BACA artikel ini dalam English

SOURCE: Herald Malaysia Online

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top