Skip to content

Sri Paus tubuhkan Hari Datuk, Nenek dan Warga Tua

Sri Paus Fransiskus mengumumkan penubuhan Hari Datuk dan Nenek Sedunia dan Warga Tua sebagai peringatan tentang peranan penting mereka sebagai penghubung antara generasi.

VATIKAN: Sri Paus Fransiskus mengumumkan penubuhan Hari Datuk dan Nenek Sedunia dan Warga Tua sebagai peringatan tentang peranan penting mereka sebagai penghubung antara generasi.

Semasa berucap pada hari Minggu Angelus, 31 Jan, Sri Paus mengatakan Hari Datuk dan Nenek dan Warga Tua akan disambut setiap hari Minggu keempat bulan Julai bertepatan dengan perayaan Sto Juakim dan Anna, datuk dan nenek kepada Yesus. Sambutan pertama akan dirayakan pada 25 Julai.

“Penting bagi datuk dan nenek untuk bertemu cucu mereka dan bagi cucuk bertemu dengan datuk dan nenek mereka kerana — seperti yang dikatakan oleh nabi Yoel – datuk dan nenek, sebelum kehadiran cucu mereka,  akan bermimpi dan mempunyai keinginan yang besar, dan anak muda —mendapat kekuatan dari datuk dan nenek mereka — akan lebih maju dan bernubuat, ”katanya.

Menyoroti perayaan Pesta Tuhan dipersembahkan di Bait Tuhan pada 2 Februari, Sri Paus mengatakan pengakuan  Kristus sebagai Mesias oleh dua orang tua, Simeon dan Anna adalah peringatan bahawa “Roh Kudus masih membangkitkan pemikiran dan kata-kata hikmat pada orang tua hari ini. “

“Suara mereka sangat berharga kerana menyanyikan pujian Tuhan dan melindungi akar umbi manusia,” katanya.

“Mereka mengingatkan kita bahawa usia tua adalah hadiah dan datuk nenek adalah penghubung antara generasi, mereka adalah penyampai pengalaman hidup dan iman kepada anak muda.”

“Datuk, nenek sering dilupakan dan kita lupa memelihara akar dan meneruskannya,” tambahnya.

Dalam pernyataan yang diterbitkan tidak lama selepas pengumuman Sri Paus, Kardinal Kevin J. Farrell, prefek Dikasteri untuk Kaum Awam, Keluarga dan Hidup, mengatakan acara tahunan itu adalah “hadiah untuk seluruh Gereja” yang menekankan penjagaan pastoral orang tua sebagai “Satu keutamaan yang tidak boleh dielakkan oleh komuniti Kristian.”media vatikan

SOURCE: Herald Malaysia Online

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top