TERAWI – Seramai 40 kanak-kanak telah menerima Sakramen Pembaptisan pada…
CJC sedia siri katekesis Laudato Si ‘Renungan, Doa dan Perkongsian’ sepanjang Minggu Laudato Si’
KOTA KINABALU, Mei 15, 2020 – Kita sekarang hidup di dalam keadaan yang membentuk sebuah sejarah. Laudato Si’ mengajar kita untuk bersama-sama membina sebuah dunia yang lebih baik. Pada ketika ini, melihat keadaan alam sekeliling yang kritikal, orang ramai di seluruh tempat sedang menangis dengan harapan, dan iman kita sangat diperlukan untuk memberi cahaya menerangi jalan.
Komisi Keadilan Ciptaan Tuhan Keuskupan Agung Kota Kinabalu (Creation Justice Commission) bersama Eco-Outreach Team telah menyediakan satu siri Katekesis Laudato Si’ dalam bentuk Renungan, Doa dan Perkongsian bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang tanggungjawab menjaga bumi, rumah sejagat dan menggalakkan umat untuk membaca dokumen Laudato Si.
Sempena ulang tahun ke-lima Surat Ensiklikal Laudato Si’, 16 – 24 Mei akan membawa kita bersama-sama menghayati mesej yang disampaikan oleh Pope Francis melalui dokumen Laudato Si’ iaitu menjaga bumi, rumah sejagat kita.
Program sepanjang minggu ini dengan tema “Everything is Connected” membawa umat Katolik untuk bersolidariti bagi masa depan yang adil dan lestari. Kita bersatu dengan saudara seiman kita untuk bertumbuh bersama melalui krisis bumi pada ketika ini bagi membina hari esok yang lebih baik. Untuk itu, pihak Komisi Keadilan Ciptaan Tuhan menjemput semua umat katolik khususnya di Keuskupan Kota Kinabalu untuk bersama-sama merayakan ulang tahun ke-lima Laudato Si’ dengan menyertai siri katekesis Laudato Si’ yang akan bermula pada hari esok. Pelbagai program telah disediakan. – Christina David
Updated-Tentative-Program-Minggu-Laudato-Si
This Post Has 0 Comments