Skip to content

Kenang pertemuan Sri Paus Fransiskus dan Ayatollah: PM Iraq isytihar 6 Mac Hari Toleransi dan Kebersamaan Nasional

NAJAF: Perdana menteri Iraq pada awal Mac lalu mengisytiharkan 6 Mac sebagai Hari Toleransi dan Kebersamaan Nasional untuk menghormati pertemuan penting Sri Paus Fransiskus dengan ulama terkemuka Syiah di negara itu.

Perdana Menteri Mustafa Al-Kadhimi membuat pengumuman itu melalui Twitter pada 6 Mac selepas pertemuan antara Sri Paus Fransiskus dan Ayatollah Ali al-Sistani.

“Dalam meraikan perayaan pertemuan bersejarah yang berlaku di Najaf antara Ayatollah Ali al-Sistani dan Sri Paus Franskiskus, dan pertemuan antara agama bersejarah yang berlangsung di kota kuno Ur, kami mengisytiharkan 6 Mac sebagai Hari Toleransi dan Kobersamaan  Nasional di Iraq,” tulisnya.

Sangti Papa mengunjungi al-Sistani yang berusia 90 tahun di rumahnya yang sederhana di Najaf, kota ketiga paling suci bagi umat Islam Syiah setelah Mekah dan Madinah.

Memetik laporan pegawai agama di Najaf, Associated Press melaporkan bahawa alSistani melanggar kebiasaannya yang tetap duduk semasa  menerima pengunjung, namun beliau berdiri untuk menyambut Fransiskus di kamar di mana perbualan peribadi itu berlangsung. Sri Paus juga dilaporkan menanggalkan kasutnya sebelum memasuki kamar tersebut.

Satu kenyataan dari pejabat al-Sistani diterbitkan selepas pertemuan itu yang mengatakan bahawa Imam Agung itu menegaskan bahawa warganegara Kristian negara itu seharusnya hidup dalam aman dan damai,  seperti semua rakyat Iraq lain, dengan bebas menggunakan hak-hak perlembagaan mereka.

Selepas pertemuan itu — yang menandakan tonggak hubungan antara Gereja Katolik dan Islam Syiah — Sri Paus juga telah melawat Dataran Ur, di mana beliau menyertai pertemuan antara agama.

Berucap di tapak kuno yang dipercayai tempat kelahiran Abraham, Sri Paus menekankan orang Kristian, Muslim, dan Yahudi mewarisi warisan yang sama.

“Dari tempat ini, di mana iman telah lahir, dari tanah bapa kita Abraham, marilah kita menegaskan bahawa Tuhan itu penyayang dan perbuatan membenci saudara-saudari kita adalah penghujatan terbesar,” ujar Bapa Suci pada 6 Mac. — CNA

SOURCE: Herald Malaysia Online

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top