TERAWI – Seramai 40 kanak-kanak telah menerima Sakramen Pembaptisan pada…
SYD-5: Belia tempatan, komitmen, masa depan Gereja muda
PENAMPANG (CS) – “Sesungguhnya aku ini adalah hamba Tuhan; jadilah padaku menurut perkataanmu itu.” (Luk 1:38)
Ribuan belia dari seluruh Keuskupan Agung Kota Kinabalu, Keuskupan Keningau dan Keuskupan Sandakan akan berarak merentasi Negeri untuk membuat komitmen memberi diri kepada Tuhan, untuk mengasihi dan melayaniNya.
Merekia akan mengotakan janji ini semasa SYD-5, yang dianjurkan oleh Keuskupan Agung KK, bertempat di Gereja Holy Rosary Limbahau dan Gereja St Joseph Papar pada 25-31 Julai.
Festival belia ini yang diadakan setiap empat tahun sekali bermula dengan perjalanan Salib Belia SYD-5 dan ikon Maria dari paroki ke paroki merentasi seluruh Sabah, bermula di Gereja Holy Trinity Tawau pada 24 Feb 2019. Paroki Holy Trinity merupakan tuan rumah bagi SYD-4.
Perjalanan Salib SYD telah merentasi Keuskupan Sandakan dan Keningau dan kini telah tiba ke Keuskupan Agung KK. Di setiap perhentian, Salib ini telah disambut oleh para belia dengan penuh semangat, dan mereka turut disokong oleh anggota keluarga mereka, umat paroki dan para pastor paroki-paroki.
SYD-5 menjadi kesempatan yang baik untuk mengingati kaum muda berikutan Bulan Oktober Misi Luarbiasa yang baru sahaja tamat, di mana Bapa Suci Franciskus menyeru untuk memperbaharui komitmen misionaris kita, dan untuk mengongsikan Khabar Gembira Yesus Kristus kepada semua orang.
Ia juga memberi dorongan untuk membawa mereka merenung ertinya untuk menjadi seorang misionaris. Melalui perjalanan ini, para belia belajar untuk menjadi wajah Kristus. Kristus adalah wajah kasih Tuhan, maka dunia harus menemukan kehadiran Tuhan di kalangan mereka.
Dengan memilih “fiat” Maria sebagai tema, SYD-5 menjadi keinginan para belia untuk mengambil Maria, rasul pertama Kristus yang benar, sebagai model agung untuk Gereja yang muda.
Selain dari sukacita dan keseronokan yang bakal dibawa oleh acara belia ini, kaum muda harus membenarkan diri untuk diajar oleh Yesus “yang mengajar, bukan dari jauh atau ketiadaan, akan tetapi dari dalam masa muda anda, masa muda yang Dia kongsikan dengan anda”. (Christus Vivit, 9)
“Kaum muda mampu mengekalkan Gereja Kristus menjadi muda. Mereka mampu menghalangnya dari dicemari; mereka mampu memajukannya, menghalangnya dari menjadi angkuh dan berpuak, membantunya menjadi papa dan menjadi saksi yang lebih baik, untuk memihak kepada kaum papa dan yang terpinggir, untuk memperjuangkan keadilan dan dengan penuh kerendahan membenarkan diri untuk dicabar…” . (Christus Vivit, 11)
Kaum muda harus ketahui SYD adalah salah satu di antara banyak cara Yesus menjemput “untuk menjadi seorang misionaris tanpa takut di mana sahaja kita berada dan dengan siapa kita temui: di kawasan kejiranan, di sekolah atau sukan atau hidup sosial, dalam khidmat sukarela atau di tempat kerja. Di mana sahaja kita berada, kita sentiasa berpeluang untuk mengongsikan sukacita Injil. Beginilah cara Tuhan keluar untuk menemukan orang. Wahai kaum muda, Dia mengasihi kamu kerana kamu menjadi cara Dia menyebarkan terang dan harapanNya. Dia mengharapkan keberanian dan semangat anda.” (CV, 95) – CS
This Post Has 0 Comments