Skip to content

Gereja ingin menjadi “tempat tinggal” orang Samaria yang baik untuk yang sakit

KOTA KINABALU – Gereja ingin menjadi “tempat tinggal” bagi orang Samaria yang baik, iaitu Kristus kepada yang sakit, orang-orang berdosa, lemah, miskin, dan yang dipinggirkan di Keuskupan Agung semasa memberikan Sakramen Pengurapan orang sakit kepada mereka dalam Misa Kudus, Feb 11.

Uskup Agung Kota Kinabalu, John Wong, yang memimpin Misa Kudus sempena Hari Pesakit Sedunia ke-28, sebagai memperingati Santa Maria dari Lourdes, di Katedral Hati Kudus, terkesan kepada kesetiaan keuskupan akan keinginan Gereja untuk menawarkan kedekatan, penerimaan dan pelepasan.

Turut bersama dalam Misa dan membantu mengurapi orang sakit dengan minyak dan meletakkan tangan pada orang sakit adalah paderi paroki Fr Paul Lo, paderi pembantu Fr Russell Lawrine serta Fr Saimon William.

Bercakap secara khusus kepada mereka yang menderita dan sakit, Uskup Agung mengambil kesempatan untuk menyampaikan pesan dan harapan Bapa Suci Fransiskus. “Yesus tidak membuat tuntutan terhadap orang-orang yang bertahan dalam kelemahan dan penderitaan, tetapi menawarkan belas kasihan dan menghadirkan penghiburan kerana Dia sendiri menjadi lemah, menanggung penderitaan manusia dan mendapat penghiburan dari Bapanya.”

Kepada para pekerja penjagaan kesihatan dan individu yang merawat orang sakit, Uskup Agung menyampaikan pesan Bapa Suci, yang menekankan bahwa Rahmat Tuhan untuk semua, untuk mengambil “kehangatan manusia dan pendekatan peribadi dengan Kristus, Orang Samaria yang Baik kepada yang sakit, bukan hanya untuk menyembuhkan tetapi juga menyayangi, sebagai penyembuhan manusia yang penting. “

Bapa Suci Fransiskus, menjelaskan tentang tema “Marilah kepadaKu semua yang bekerja dan dibebani, Aku akan memberi rehat kepada mu,” adalah kata-kata Kristus yang memberikan sokongan, penghiburan dan harapan kepada mereka yang sangat sederhana, orang sakit, orang berdosa, mereka yang dipinggirkan oleh beban undang-undang dan sistem social yang menindas.

Penghiburan dan belas kasihan yang diberikan Yesus, merangkumi semua dan setiap orang dalam apa pun keadaan kesihatannya, tanpa meninggalkan sesiapa, melainkankan mengundang setiap orang untuk berkongsi dalam hidupNya dan mengalami cintakasihNya.

Dalam masa yang sama, Uskup juga menggesa orang setia untuk mendoakan mereka yang sakit secara rohaniah dan juga fizikal agar mereka “mungkin tahu dan menerima makna penderitaan/penyakit mereka, dan menyatukan mereka dengan Juruselamat yang dihantar oleh Bapa untuk memberi kedamaian, yang mengalir seperti sungai, demi kemuliaan segala bangsa.

Melalui kata-kata Kristus, kita tahu bahawa penyakit mempunyai makna dan nilai untuk keselamatan kita sendiri dan untuk keselamatan dunia. Kita juga tahu bahawa Kristus, semasa hidupnya sering melawat dan menyembuhkan orang sakit, mencintai mereka dalam kesakitan mereka.

Gereja memberi perhatian khusus untuk memberikan Sakramen Pengurapan Sakit kepada umat yang telah dibaptis sebagai Katolik yang berada dalam tahap kritikal akibat penyakit atau usia tua, dan mereka yang akan menjalani pembedahan atau sedang menjalani pembedahan.

Kita mendengar melalui Upacara Sakramen bahawa sakramen ini memberi rahmat Roh Kudus kepada mereka yang sakit, dan melalui kasih karuniaNya, setiap orang dibantu dan diselamatkan: “Melalui pengurapan suci ini, semoga Tuhan dengan cintakasih dan belas kasihanNya dapat membantu anda. Semoga Tuhan yang membebaskan kamu dari dosa, menyelamatkan kamu dan membangkitkan kamu.” – CS

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top