Skip to content

Sambutan Hari Bumi yang ke 50 dalam tempoh PKP

KOTA KINABALU – Walaupun sedang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan namun ianya tidak menghalang Komisi Keadilan Ciptaan Tuhan Keuskupan Agung Kota Kinabalu untuk mengadakan sambutan program Hari Bumi Sedunia yang ke 50 tahun yang jatuh pada April 22.

Komisi Keadilan Ciptaan Tuhan (Creation Justice Commission) bersama dengan Eco-Outreach Team (EOTeam) di Keuskupan Agung Kota Kinabalu telah menyusun beberapa aktiviti melalui online sebagai usaha  untuk menghargai bumi, menyemai rasa tanggungjawab dan meningkatkan kesedaran di kalangan umat untuk menjaga dan memelihara bumi seperti yang disarankan oleh Pope Francis dalam surat ensiklikal “Laudato Si”. Tanggjungjawab ini juga tercatat dalam statement Misi Keuskupan Agung Kota Kinabalu.

Pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang hari yang boleh melibatkan seisi keluarga ataupun secara individu. Antara aktiviti yang telah di atur adalah seperti  berdoa untuk Bumi,  demo membuat lilin menggunakan minyak  terpakai,  aktiviti penanaman (seedlings),  demo hakisan yang disebabkan oleh penebangan hutan, demo projek ‘Upcycle’ menggunakan cebisan kain yang tidak lagi digunakan,  pertandingan Poster Laudato Si’ Earth Day serta penayangan lagu Laudato Si’ mi Signore dan juga video clip aktiviti CJC bersama dengan EOteam.  Kesemua aktiviti ini akan dijalankan mengikut masa yang telah ditentukan sepanjang hari pada 22hb tersebut. Aktiviti–aktiviti yang akan ditayangkan melalui laman sesawang Facebook “Commission for Creation Justice of Kota Kinabalu” dan Instagram “Eco-Outreach Team” bolehlah dijadikan sebagai inspirasi bagi para umat Katolik dalam meraikan sambutan Hari Bumi Sedunia bersama keluarga.

Penasihat rohani komisi ini. Fr Russell Lawrine dalam pesannya sempena Hari Bumi,  membawa kita semua untuk memberi perhatian kepada bumi kita yang tercinta dan bersatu hati serta berjalan bersama untuk memulihkan bumi dari kemusnahan dengan menyahut tema Hari Bumi Sedunia kita pada tahun ini iaitu “Climate Action”.  Dan untuk  meralisasikannya, ianya harus bermula daripada diri sendiri, mengubah cara hidup kita, mengubah kebiasaan-kebiasaan yang membawa kepada kerosakan alam sekitar.  Setiap perubahan yang kita lakukan dalam kehidupan kita sesungguhnya memberi kesan yang besar kepada kehidupan kita mahupun kepada Bumi kita sendiri. Tidak kira lah sama ada besar atau kecil tindakan yang kita ambil yang paling penting adalah komitment yang kita tanamkan dalam setiap apa yang kita lakukan dalam menyelamatkan Bumi kita.

Sementara itu,  Koordinator Komisi Keadilan Ciptaan Tuhan Keuskupan Kota Kinabalu, Sr Calista Saliun menjemput semua umat di seluruh keuskupan ini untuk sama-sama mengambil bahagian dalam aktiviti hari bumi yang telah disediakan  dari rumah masing-masing sebagai satu cara untuk menyokong usaha ini serta menyemai kesedaran tentang penjagaan alam sekitar terutama di kalangan keluarga itu sendiri.

Dia mengatakan bahawa,  setiap kita mempunyai tanggungjawab untuk menjaga dan memelihara bumi kita. Bumi yang kita diami ini adalah juga milik mereka yang akan datang. Dan setiap kita boleh berkerjasama sebagai alat Tuhan untuk menjaga ciptaanNya menurut budaya, pengalaman, penglibatan dan bakat kita masing-masing. (ref. Laudato Si, no 14)

Untuk mendapatkan informasi tentang program Hari Bumi,  sila layari facebook – Commission for Creation Justice Archdiocese Kot Kinabalu.

Selamat Menyambut Hari Bumi Sedunia yang ke 50. – Christina David.

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top