Skip to content

Umat dijemput bantu membentuk paderi bersifat nubuat dan pelayan

KOTA KINABALU – Konferensi Para Uskup Katolik Malaysia memohon semua umat untuk membantu membentuk paderi, pastor komuniti, pemikir kritikal dan ahli teologi yang bersifat nubuat dan pelayan, dalam konteks Malaysia.

Sejak 2013, para uskup Semenanjung, Sabah dan Sarawak telah membuat keputusan menggabungkan dua seminari utama iaitu College General Penang dan St Peter’s College Kuching.

Tujuannya adalah untuk menyelaraskan dan mengintegrasi seluruh proses pembentukan paderi, dan untuk meningkatkan ikatan dan kerjasama, terutamanya sekarang di mana terdapat kehadiran signifikan orang Sabah dan Sarawak di Semenanjung.

 Dua seminari utama itu digabung menjadi National Seminary di mana seminarian menjalani pembelajaran Falsafah di Penang manakala Teologi di Kuching.

Dalam surat Uskup Richard Ng, Pengerusi Pembentukan Seminari, dia menerangkan matlamat usaha ini:

Membangun seminari untuk melayan visi Gereja Malaysia yang lebih besar, menjadi agen penaik dalam masyarakat, dan menjadi institusi kecemerlangan kebangsaan;

“Menebar lebih luas” dengan membina rangkaian yang lebih besar dan mengiringi orang muda dalam cara baru bersama direktor panggilan dalam diosis; serta membantu mereka mencari dan bertumbuh dalam panggilan unik mereka;

Mempromosi pemahaman dan akauntabiliti di antara komuniti dan pelayanan imamat, dan menguatkan tanggungjawab bersama untuk seminari dan pembentukan paderi.

Umat dijemput untuk berkongsi pandangan berdasarkan soalansoalan ini:

 1. Apakah jenis paderi yang kamu mahu lihat dalam paroki dan diosis kita, khususnya dalam konteks Malaysia?

2. Berikan cadangan-cadangan kamu untuk membantu pembentukan seminarian kita, dalam mencapai matlamat-matlamat di atas.

3. Bagaimanakah umat awam boleh terlibat sama dalam pembentukan paderi?

Hantar jawapan/cadangan anda melalui emel kepada catholicsabah2009@ gmail.com atau terus kepada paderi paroki, sebelum atau pada 15 Mei. – CS

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top