Skip to content

380 belia di Hari Warga Kampus ke-21

KOTA KINABALU – Hari Warga Kampus Ke-21 (HWK-21) telah diadakan untuk membantu pelajar kampus Katolik menyedari akan isu-isu kampus dan berani menyahut panggilan serta meneguhkan identiti diri sebagai belia Katolik yang seimbang.

HWK-21 diadakan hasil kolaborasi Catholic Student Council (CSC) dengan Archdiocesan Campus Ministry Office (ACMO), pada 12 Okt 2019 di Katedral Hati Kudus di sini, dengan tema “Aku ini hamba Tuhan terjadilah padaku menurut perkataanmu” (Lukas 1:38). 

Seramai 380 pelajar kampus Katolik di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan dan Keningau telah menyertai program ini (gambar).

Program dimulakan dengan Misa Kudus pada jam 7.30 pagi yang diraikan oleh Fr Maxmillianno Hontor, Penasihat Rohani Komisi Belia dan juga sebagai sokongan kepada para pelajar kampus.

Pada HWK-21, empat bengkel dijalankan untuk mengenali isu-isu yang berlaku di kampus iaitu 1) Before saying “Yes I do” (Percintaan), 2) The Right Shoes (Budaya Belia Kampus), 3) Understanding Our Neighbour (Kebebasan Beragama), Am I At the Right Place (Protestanisme).  

Penceramah, Melissa Nicholas, menekankan tujuan atau arah percintaan berlandaskan ajaran Yesus dalam bengkel ‘Before saying “Yes I do”’.

Di dalam bengkel ‘The Right Shoe’, Alexander Jiran menyatakan perlunya ada Visi, Misi dan nilai untuk melibatkan orang lain dalam pelayanan iaitu Yesus Kristus serta nilai cinta kasih.

Dalam bengkel ‘Understanding our Neighbour’ yang disampaikan oleh Irene Vitus membantu pelajar kampus menyedari akan sukarnya untuk menukar ke agama Katolik semula sekiranya tersilap langkah.

Sr Terecia Loukang, fsic dalam bengkel ‘Am I At the Right Place’ berharap agar pelajar dapat mendalami dan menghargai diri sebagai Katolik yang telah dibaptis dalam nama Bapa, dan Putera dan Roh Kudus.

HWK-21 juga menjalankan aktiviti Walk with Jesus. Aktiviti ini diaplikasikan melalui dokumen terbaru Bapa Suci Fransiskus bagi semua orang muda dan seluruh umat Tuhan iaitu “Christus Vivit” (Christ is Alive).

Sembilan stesen disediakan dalam aktiviti ini yang mewakili setiap bab dalam buku Christus Vivit. Dalam penganjuran HWK-21 kali ini, bukan sahaja program ini fokus terhadap isu-isu yang berlaku di kampus, namun membawa pelajar kampus untuk terus hidup seperti Kristus.

Seperti dalam dokumen tersebut dinyatakan, apa pun yang disentuhNya menjadi muda, baru dan dipenuhi hidup. Oleh itu, Bapa Suci menyampaikan pesan bahawa Kristus itu hidup dan inginkan agar engkau juga hidup! Tim Dokumentasi HWK-21

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top