Skip to content

Uskup Agung Kuching dan paderi sedia terima vaksinasi COVID-19

KUCHING: COVID-19: Apa pendirian dan ajaran Gereja Katolik mengenai vaksinasi?

Media sosial memberikan banyak maklumat tentang vaksin yang diluluskan yang kini tersedia untuk COVID-19. Akan tetapi, yang paling banyak difikirkan oleh ramai umat Katolik adalah masalah moral dan etika dalam menerima vaksin.

Konferensi para Uskup Katolik Malaysia (CBCM) telah mengeluarkan Surat Pastoral mengenai vaksin dan imunisasi COVID-19, bersama dengan senarai Soalan Lazim berdasarkan Dokumen-dokumen Vatikan, kepada komuniti Katolik pada 4 Februari 2021. Pandangan Gereja Katolik mengenai vaksinasi adalah vaksinasi  merupakan untuk kebaikan moral. Prinsip moral berkenaan dengan vaksinasi adalah bahawa “bukan setakat bergantung kepada kewajipan untuk melindungi kesihatan seseorang, tetapi juga kewajiban untuk mengerjakan kebaikan bersama.”

Uskup Agung Kuching Simon Poh, bersama Unit Agama Lain (UNIFOR) dan Kementerian Perpaduan Nasional (KPN) mengatakan bahawa “Gereja Katolik Malaysia bersolidariti dengan semua yang terkesan dengan pandemik COVID-19.”

Dalam ucapannya kepada umat Katolik,  Uskup Agung itu mengatakan “setiap orang harus bersatu untuk kebaikan dan kesejahteraan bersama bagi semua orang di negara kita.”

Prelatus itu menjelaskan bahawa program vaksinasi Sarawak bertujuan untuk mencapai kekebalan kawanan apabila 70-80% orang diberi vaksin. Dia meyakinkan umat Katolik bahawa “tidak ada masalah etika atau moral mengenai pemberian vaksin yang diluluskan sekarang berdasarkan ajaran moral Gereja.”

Uskup Agung itu menyokong rancangan imunisasi inklusif kerajaan Sarawak dalam menawarkan vaksinasi COVID-19 kepada semua penduduk tempatan, serta orang-orang  dari negeri lain dan orang asing yang tinggal di Sarawak. Uskup Agung Simon Poh menyarankan agar umat Katolik membuat keputusan tepat berdasarkan hati nurani mereka sambil mempertimbangkan status risiko kesihatan diri dan keadaan perubatan mereka; mengkaji / meneliti maklumat perubatan yang boleh dipercayai atau dari sumber laman web yang mengenai jenis vaksin, statistik vaksin, hasil percubaan, keberkesanan, kesan sampingan, dan lain-lain.

Pilihan untuk menerima atau tidak menerima vaksin adalah peribadi. Di samping itu, umat juga harus terus mematuhi SOP keselamatan awam — memakai topeng, menjaga jarak sosial 1 meter, meminimumkan kontak, dan mengurangi perjalanan yang tidak perlu.

Uskup Agung Simon Poh yang juga merupakan Pengerusi Persatuan Gereja-gereja di Sarawak (ACS) telah berbicara dengan ketua-ketua Gereja pada 23 Februari, bahawa mereka pada prinsipnya, menyokong vaksinasi untuk membantu mencegah COVID-19 di Sarawak dan Malaysia. “ACS tidak menyebut mana-mana vaksin yang khusus untuk rakyat. Biarlah perkara memilih vaksin ini ditangani oleh profesional perubatan dalam mentadbir dan memastikan keselama tan serta keberkesanan berdasarkan penyelidikan dan bukti saintifik,” katanya.

Uskup Agung Simon mendorong semua umat Katolik, Kristian, rakan dan orang ramai di Sarawak, untuk selalu mempertimbangkan kebaikan bersama semua orang. Prelatus itu berkata: “Marilah kita berbicara sebagai ‘KITA’ (bukan ‘saya’) kerana kita telah menjalani waktu pandemik ini sejak PKP bulan Mac 2020.” Sementara kita mengetepikan perbezaan  pelbagai latar belakang, budaya, kepercayaan dan status sosial kita , jangan sekali-kali membiarkan politik atau ahli politik memecah-belahkan misi kita dalam melawan COVID-19. Semoga kita berdiri bersama sebagai keluarga untuk kebaikan bersama.”

Uskup Agung Simon Poh, bersama dengan Uskup Agung Emeritus Peter Chung dan John Ha, Uskup Richard Ng, dan lebih dari 30 paderi dan religius di Keuskupan Agung Kuching, telah mendaftar untuk vaksinasi tersebut.

Ketua Gereja lain di Sarawak juga bersedia untuk menerima vaksin. “Kami telah membuat keputusan ini dengan mempertimbangkan kebaikan bersama umat beriman sebagai tanggungjawab pastoral dan sosial kami di negara ini,” kata Uskup Agung.

SOURCE: Herald Malaysia Online

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top