Allah Bapa,
kami bersyukur kepadaMu kerana
proses pembaharuan yang kami alami
di diosis ini dan kerana memanggil kami
untuk terus bertobat
secara peribadi dan sebagai satu komuniti.
RohMu telah menyedarkan kami
akan pentingnya
untuk selalu berdoa;
taat setia kepada FirmanMu;
memupuk perpaduan di kalangan
komuniti kami;
menyayangi alam sekitar;
menegakkan keadilan dan kedamaian
dalam masyarakat.
Dalam persekutuan PuteraMu bersama kami
di milenium ketiga ini,
kami mohon dengan sungguh:
Utuskanlah RohMu
agar kami dapat berjalan bersama sebagai
Satu keluarga di dalam iman, harapan dan
kasih Yesus sendiri.
Semoga Roh yang sama membolehkan kami
meneruskan misi Kristus
dalam mendirikan KerajaanMu
di tengah-tengah kami.
Bersama Bonda Maria,
kami berdoa semua ini melalui
Yesus PuteraMu
yang hidup dan bertakhta dengan Dikau
dan Roh Kudus, satu Allah,
untuk selama-lamanya.
Amen.